Sunday 18 December 2011

PETUA UNTUK ASMA

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru- paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Penyakit ini tidak mengenal peringkat usia, jantina atau bangsa kerana sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini jika mereka mengabaikan kesihatan dan kebersihan diri. Individu yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu. Antara tanda yang boleh dikenalpasti ialah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul terutamanya apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Keadaan ini dinamakan sebagai “ wiz ” yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun, ada juga yang tidak mengalami wiz, tetapi mengalami batuk terutama pada waktu malam atau selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal. Dalam kalangan pesakit, dianggarkan bahawa lebih kurang 80 peratus kanak- kanak dan 50 peratus orang dewasa yang menghidap penyakit ini.

Bagaimana asma ini boleh berlaku? Punca sebenar terjadinya penyakit asma ini atau individu yang menghidap penyakit ini masih tidak dapat dipastikan. Namun begitu, yang jelas serangan asma berlaku apabila terdapat perubahan dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang seterusnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.

Terdapat dua jenis ubat asma iaitu pelega dan penghalang. Ubat pelega adalah ubat yang bertujuan membantu melegakan pernafasan dan bertindak dengan cepat ketika serangan. Antara jenis ubat yang biasa digunakan adalah Ventolin, Bricanyl dan Respolin. Ia bronkodilator yang berfungsi untuk merehatkan dan melebarkan saluran pernafasan supaya lebih banyak udara dapat melaluinya. Ubat ini diambil apabila mengalami serangan asma sahaja manakala ubat penghalang pula perlu diambil setiap hari untuk membantu mengelak serangan asma. Antara ubat yang biasa diberikan kepada pesakit adalah Becotide, Intal, Becloforte, Flixotide, Tilade dan Pulmicort.

Selain penggunaan ubat- ubat ini, para pesakit boleh mengamalkan petua di bawah untuk mengawal atau mencegah penyakit asma ini. Antara petuanya adalah :

1) Bunga Kenanga campurkan sebiji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah dan campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

2) Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.

3) Ambil empat atau lima helai daun buah keras laut. Ramaskan daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas dan embunkan semalaman dan sebaik- baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan letakkan sedikit madu. Minum ramuan ini pada setiap pagi.

4) Ambil tujuh helai daun sireh ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada dan leher.

5) Ambil tiga kuntum bunga kenanga. Celurkannya selama lima minit dalam semangkuk air panas. Buangkan bahagian kuntum bunga kenanga itu dahulu dan minum airnya.
6) Rebus biji buah mata kucing. Sejukkan airnya untuk diminum dan amalkan selalu.

7) Gajus ( anacardium occidentale ) : bakar dengan api yang kecil dan asapnya dapat dimanfaatkan.

8) Hempedu bumi : rendam beberapa helai daun yang segar kemudian diminum. Daun Hempedu Bumi
Penyakit asma ini boleh diuruskan dengan baik jika seseorang individu itu mengelakkan daripada :

1) Perubahan cuaca

2) Asap rokok

3) Habuk

4) Kutu rumah

5) Pencemaran udara

6) Debunga

7) Bulu haiwan peliharaan ( arnab, anjing dan kucing )

8) Sesetengah jenis makanan

Kesimpulannya, hingga kini ubat untuk merawat penyakit asma secara total masih belum ditemui lagi. Ubat- ubat yang sedia ada di klinik- klinik atau hospital adalah untuk mengurangkan atau memberi kelegaan yang bersifat sementara sahaja kepada pesakit. Penyakit asma ini boleh dicegah tetapi tidak boleh dirawat. Oleh yang demikian, jagalah kesihatan ketika usia masih muda lagi.

No comments:

Post a Comment