Rahsia Di Sebalik Rahsia Didalam zat “ Ais”.
by DrJaffry Hassan on Saturday, December 17, 2011 at 9:48pm
.
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh
mana-mana saintis mahupun manusia"
Fakta Kelebihan Ais
Air sejuk mempunyai molekul isipadu atau ketumpatan yg amat padat dan
mempunyai gelombang frekuansi tekanan yang amat rendah, baik diamalkan
dengan berwuduk maupun diminum atau mandi (air biasa atau dengan ais
ataupun tanpa menggunakan hitter), bagi yang sentiasa mengamalkan air
sejuk, mereka ini akan sentiasa merasakan perasaan hening dan yang
paling istimewa dapat membantu bagi mereka yang menghidapi insomnia
agar dapat kembali tidur seperti biasa. Individu yang tidur dalam
ruangan udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah
kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam
jangka masa pendek apatah lagi jangka yang panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais
di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara)
adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia
keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan
memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Biasakanlah dan benarkanlah
anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan
galakkanlah anak anda mengambil ais krim secara perlahan-lahan dan
berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana
mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk
melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan
meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan,khususnya
kepada otak tengah,iaitu kelenjar pineal.
Ais amat
diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak
disangka- sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat
kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi
oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk
adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah
dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air
sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang
patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Manakala
dengan mengamalkan air suam ataupun air panas, baik digunakan dalam
keadaan mandi maupun diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem
aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya
lumpuh.(terganggunya sel glia dan oksigen pembuluh darah). Adalah makruh
mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah
terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria
pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat
ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh
unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam
tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan ayunannya. Air sejuk
akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun
yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan
jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul
kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk
adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran
tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat
orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang malah amat membantu dalam
penegangan kulit. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan
meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan
melalui niat dalam amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang
frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar
kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan
rasa tulus, kasih sayang dan keikhlasan. Air kelapa muda bersifat sejuk
dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan
keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh
secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang
bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai
bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan
pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk
air sejuk di awal pagi (sebelum gosok gigi atau mengambil sebarang
minuman atau makanan) kerana ia akan menguatkan perut malah fizikal
anda. Inilah Sunnah dan pengamalan Nabi SAW.
No comments:
Post a Comment