CATATAN RINDU
catatan rindu ...
... bagaikan gumpalan awan
putih dan lembut
berarak perlahan demi perlahan
demi perlahan ...
ke dalam diri ini
sesekali mahu kuresapkan keseluruhanmu
ke dasar diri ini
lalu mengalir bersama aliran darahku
atas keikhlasan cinta kita
ketika ketika di dalam kelemasan begini
ada sesuatu kita temui
aku kini pulang kepadamu
bersama kasih dulu yang tak pernah layu
buat kesekian kali
sepi oleh rindu
pedih terasa di setiap senja
mimpi yang sekian lama kita bina
dalam debar menanti
akan hari hari mendatang
dengan warna yang lebih bermakna
meskipun dalam rasa sedih dan tak berdaya
kupahatkan di hati
rasa kecintaan dan kerinduan
supaya kita boleh kembali berkasih .
~yatie yusoff~
No comments:
Post a Comment