Tuesday, 23 August 2011

Di Penghujung Ramadhan Ini..

Di penghujung Ramadhan ini
para wali-wali Allah sedih bulan yang di nanti
akan berlalu pergi bulan yang penuh
limpahan berlipat kali ganda balasan ibadah yang di lakukan

terasa sayu jua hati
adakah kehadiran-nya kembali nanti
akan dapat ku sambut dengan penuh kerinduan
seperti tahun ini..?

selalu terbaca macam ini..

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuluh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Indahnya Ramadhan bulan yang penuh dengan kenikmatan pahala
hati semacam terasa sayu melihat setiap detik yang berlalu
bersamanya tak lama lagi akan berahir jua bulan yang indah ini
semoga di bulan suci ini kita akan mendapat limpahan rahmat ampunan-nya

Sebelum cahaya Illahi dipadamkan,
sebelum langit runtuh,
sebelum pintu taubat ditutup,
sebelum malaikat menjemput,
sebelum ramadhan berlalu pergi,
maaf kalau ada perkataan yg menyinggung rakan-rakan semua..




~~~~JUNE INDAH~~~

No comments:

Post a Comment