***Hukum-Hukum Haid***
1. Diharamkan bersetubuh dalam kedudukan haid.
Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah Taala:
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adakah kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu." (Al-Baqarah: 222).
Keharaman ini berlangsung sampai darah haid berhenti darinya, lalu dia mandi. Allah berfirman yang bermaksud: "dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu."
Bagi suami wanita yang sedang haid dibolehkan untuk bersenang-senang dengannya tanpa bersetubuh, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Perbuatlah apa saja kecuali nikah (bersetubuh)." (Muslim).
2. Wanita haid harus meningalkan puasa dan solat di masa haidnya, dan diharamkan melaksanakan keduanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bukankah jika seorang wanita haid tidak solat dan puasa." (Muslim).
Jika wanita haid telah suci, maka hendaklah dia membayar kewajiban puasa yang telah ditinggalkan selama haid, dan tidak mengganti kewajiban solat. Berdasarkan perkataan Aisyah r.a,: "Adalah kami haid di masa Rasulullah, maka kami diperintahkan untuk mengganti puasa dan tidak mengganti solat." (Al-Bukhari dan Muslim).
Perbezaan solat dan puasa adalah bahawa solat dikerjakan berulang kali, maka tidak ada kewajiban menggantinya, kerana tidak ada kesempatan untuk menggantikannya, yang mana hal itu berbeza dengan puasa. Wallahu A'lam.
3. Diharamkan wanita haid memegang mushaf al-Quran tanpa alat perantara.
Allah SWT berfirman, maksudnya: "Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan." (Al-Waqiah: 79).
Dan ketika Rasulullah s.a.w. mengirim surat kepada Amru bin Hazm tertulis : "Tidaklah menyentuh mushaf kecuali orang yang suci." (HE. An-Nasa'i).
Hadis ini menyerupai hadis mutawatir, maka hendaklah manusia menerimanya. Syaikhul Ibnu Taimiyah berkomentar, "Menurut pendapat imam mazhab yang empat bahawa tidak boleh menyentuh mushaf kecuali orang yang suci."
Sedangkan hukum wanita haid membaca al-Quran dengan tidak memegang mushaf ada perbezaan pendapat di antara Ahlul 'Ilmi, namun untuk kehati-hatian maka seorang wanita haid sebaiknya tidak membaca al-Quran kecuali dalam kedudukan darurat, seperti kerana kawatir melupakannya. Wallahu A'lam.
4. Diharamkan bagi wanita haid melakukan tawaf di Baitullah.
Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.a. ketika ia haid : "Kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan orang berhaji kecuali tawaf di Baitullah sampai engkau suci." (Al-Bukhari dan Muslim).
5. Diharamkan bagi wanita haid berdiam diri di dalam masjid.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita haid dan orang junub."(Abu Daud). Dan sabdanya juga: "Sesungguhnya masjid tidak halal bagi wanita haid dan orang junub." (Ibnu Majah)
Tetapi diperbolehkan bagi wanita haid sekadar lewat (berjalan) di masjid tanpa berdiam diri di dalamnya. Didasarkan pada hadis Aisyah r.a. Dia berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Ambilkan khumrah (sejenis tikar) itu dari masjid !" Aku katakan, "Aku sedang haid." Kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya haidmu bukan pada tanganmu." (Diriwayatkan oleh Al-Jamaah kecuali Imam Al-Bukhari, lihat Al-Muntaqa 1/130).
Tidak mengapa bagi wanita haid membaca zikir-zikir yang disyariatkan berupa tahlil, takbir, tasbih dan doa-doa, begitu juga boleh membaca wirid-wirid yang disyariatkan ketika masuk pagi dan petang hari ketika mahu tidur dan bangun tidur. Dan tidak mengapa membaca-baca buku-buku keilmuan seperti tafsir, hadis dan fiqh.
Faedah dalam Hukum Syafrah dan Kadarah.
Syafrah adalah cairan kotor seperti nanah berwarna kuning, sedangkan kadarah adalah cairan seperti kotor yang keruh. Maka apabila syafrah dan kadarah keluar dari seorang wanita pada waktu dia biasa haid, bererti dia sedang haid, akan tetapi jika hal itu keluar selain waktu haid bererti tidak ada masalah, wanita itu suci kerana ada perkataan Ummu Athiyah r.a, "Kami tidak menghitung kadarah dan syafrah setelah suci sedikitpun." (Abu Daud).
Imam Al-Bukhari meriwayatkan tanpa lafaz "setelah suci". Hadis ini adalah marfu' kerana mengandung ketetapan dari Rasulullah s.a.w. Maka dapat difahami bahawa kadarah dan syafrah sebelum suci adalah haid (iaitu berhukum seperti haid).
Ciri apa yang boleh diketahui bahwa seorang wanita telah berhenti haid?
Hal itu biasa diketahui dengan berhentinya darah mengalir dan dapat diketahui dengan salah satu dari dua tanda sebagai berikut:
1.Keluarnya cairan putih yang mengikuti darah haid seperti air kapur, terkadang air tersebut tidak berwarna putih dan terkadang ia keluar dengan warna yang berbeza, sesuai dengan kedudukan wanita tersebut.
2.Kering, hal ini boleh diketahui dengan memasukkan secarik kain atau kapas ke dalam vagina wanita dan setelah dikeluarkan kain atau kapas itu, ia tetap dalam keadaan kering tanpa darah kadarah atau syafrah.
Sesuatu yang Harus Dilakukan Wanita Setelah Haid
Bagi wanita yang telah usai dari haidnya, hendaklah ia mandi dengan menyiramkan air suci ke seluruh tubuhnya, hal ini berdasarkan maksud sabda Rasulullah s.a.w.: "Jika datang masa haidmu maka tinggalkanlah solat dan jika berakhir maka mandilah dan solatlah." (Al-Bukhari).
Caranya: Hendaklah ia berniat menghilangkan hadas atau bersuci untuk solat atau lainnya, kemudian membaca "basmallah" lalu menyiramkan air ke seluruh tubuhnya, kemudian membasahi pangkal rambut kepalanya dan tidak perlu melepasnya jika rambutnya diikat tetapi cukup membasahi dengan air, dan akan lebih baik jika air itu dicampur dengan daun bidara atau alat pembersih lainnya. Setelah mandi disunatkan memakai parfum atau wangi-wangian lain dengan memakai kapas untuk diletakkan (diusapkan) pada faraj (vagina)nya. Hal ini sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah s.a.w. kepada Asma'.
Peringatan Penting
Jika wanita haid atau nifas telah suci sebelum tenggelamnya matahari, maka pada hari itu hendaklah dia mengerjakan solat zohur dan asar. Dan jika dia suci sebelum terbit fajar, maka pada malam itu hendaklah ia mengerjakan solat maghrib dan isyak kerana waktu solat yang kedua adalah termasuk waktu solat yang pertama di saat seseorang berada pada kedudukan uzur.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah memberi komentar dalam Majmu' Fatawa 22/434, "Dengan demikian menurut jumhur ulama seperti Malik, As-Syafi'i dan Ahmad, apabila wanita haid sebelum tenggelamnya matahari maka hendaklah dia solat zohor dan asar dengan cara dijamak. Dan jika dia suci di penghujung malam, maka hendaklah dia solat maghrib dan isyak dengan dijamak. Hal ini seperti dinukil dari Abdur Rahman bin Auf, Abu Hurairah dan Ibnu Abbas, karena waktu solat-solat itu mengikuti solat yang lain dalam kedudukan uzur. Dan jika dia suci di akhir siang sementara waktu zohor masih ada maka hendaklah dia solat zohor sebelum datang solat asar; manakala dia suci di waktu malam sementara waktu maghrib masih ada, maka hendaklah dia solat maghrib sebelum datang waktu isyak."
Adapun jika telah masuk waktu solat, kemudian seorang wanita kedatangan haid atau nifas sedangkan dia belum solat maka pendapat yang paling kuat adalah tidak ada kewajiban baginya untuk mengqada (mengganti) solat itu.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam Majmu' Fatawa 23/335 berpendapat dalam masalah ini, "Dan alasan yang paling jelas adalah madzhab Abu Hanifah dan Malik, "Bahawasanya bagi wanita itu tidak ada kewajiban untuk mengqada solat, kerana mengqada solat hanya diwajibkan bagi masalah baru, sedangkan urusan ini tidak diwajibkan untuk mengqada kerana keterlambatan wanita itu melakukan solat bukan kerana dia sengaja. Adapun jika ketiduran atau terlupa tidak sengaja, maka solat yang dia lakukan bukanlah qada, tetapi yang dia lakukan itu adalah waktu solat yang menjadi haknya ketika dia bangun dan ingat.
[Dikutip dari Kitab Tanbiihat 'ala Ahkamin Takhtashshu bil Mu'minat, karya Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan]
~~~Semoga bermanfaat~~~
No comments:
Post a Comment