Friday, 4 November 2011

Cinta datang kepada yang masih mempunyai harapan.,
Walaupun mereka telah di kecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
Walaupun mereka telah dikhianati.,
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
Walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..,
Aku ibarat mentimun...digolek terluka dihiris terluka...aku redha ketentuan nie...aku terima setiap kekesalanmu...kerna aku belajar mengenal kebaikanmu...terima kasih kerna mengajar aku tentang perasaan..tentang kegagalan..tentang ketenangan dan tentang keikhlasan hati..terima kasih wahai sayangku..
Kekadang kita tidak dapat menyekat apa yg dah terbiasa pada kita, apatah lagi mahu menyekat perkara yg dah terbiasa pada org lain. Setiap perjalanan itu ada nilaiannya, dan setiap nialaian itu ada keputusannya. Dan setiap keputusan itu pastinya akan dipastikan suat yg terbaik untuk kita disini dan disana..
“Cukuplah Allah dalam hati ini. Cukuplah Allah sebagai pelindungku. Cukuplah Allah yang Maha Adil, yang tidak menzalimi aku. Cukuplah Allah yang Maha Mengetahui. Cukuplah Allah.. Cukuplah Allah.. Cukuplah Allah..” !!!
indahnya wanita dan istimewanya wanita kerana dia mudah tersentuh, jiwanya halus, mudah menangis, ttp sanggup bergadai nyawa dan menahan kesakitan untuk kelahiran anaknya

 
 
"Orang yang dengki sesama manusia, berarti mulai menyusahkan dirinya sendiri,
ia juga akan merosakan iman, bagaikan jadam merosak madu.Orang yang membiarkan kedengkian bertakhta dihatinya, pasti ia akan mengutip kedukaan.Hati yang tidak ternoda yang dapat mengenal ketenteraman yang sempurna".

Seorang pujangga Arab pernah berkata:
“Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak"
 
Baik atau tidak seorang ayah di mata kita, hormati dan hargailah mereka....

..ketahuilah Abi sangat menyayangi kita,.. Aridz Azmil, Erah Azmil , Areya Azmil... ♥ ♥ ketahuilah abi...kami juge cinta abi... ♥

Gambar Kak Sheila

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Oleh: Kak Sheila
 
 

No comments:

Post a Comment