Saturday, 13 August 2011

Petua Tanam Uri Bayi

Ini petua lama-lama melayu asli.

Uri bayi cuci dengan air sambil berselawat atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Jangan bimbang dengan darah yang masih mengalir kerana darah itu tak akan berhenti mengalir pun sebab ia kaya dengan darah.

Setelah cuci, masuk ke dalam kain putih. Kalau susah sangat nak dapat kain putih gunakan saja kain napkin bayi tu.

Masukkan sedikit garam, 2-3 asam keping, paku besi beberapa batang. Ikatkan kain putih tadi. Seluruh bungkusan kain putih dimasukkan ke dalam tempurung atau periuk tanah.

Periuk tanah hendaklah ditebuk di bawahnya. Kalau guna tempurung, jadikan bahagian yang ada lubang sebagai dasar bawahnya.

Ingat! di saat ini darah masih menitis keluar! fikirlah sendiri nak buat macam mana. Cari kawasan tanah yang baik, bukan kawasan najis, kalau boleh depan kawasan rumah. Galilah dalam 30-45 sentimeter.

Masukkan periuk tanah / tempurung yang telah berisi tadi ke dalamnya dan kambus.

Sebaiknya selawaat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang perbuatan tadi. Moga kelahiran yang baru itu mendapat rahmat dan berkat dari Tuhan Seru Sekelian Alam. Titik.

No comments:

Post a Comment