sahabat..
seperti mana sahabat tahu..
aku bukan seorang yang mudah tersinggung
apatah lagi untuk cepat melatah
biar pun diuji dengan pelbagai dugaan
namun semangat tak pernah goyah
cinta kasih ku tak pernah berubah
...
andai kehadiran mengukuh silaturahim
kita perkukuhkan tali ikatan
biar kita teguh bersatu hati
saling ingat mengingati
cuma sesekali aku rasa terkeliru
bila persoalaan menuju buntu
tak pernah aku tahu
dan sentiasa bercelaru
ungkapkan lah segala kebenaran
bukankah itu cukup memberi kesan
jadikan pesanan sebagai azimat
dan biar hidup penuh semangat
kita hidup cuma untuk seketika
tidak selamanya jiwa merdeka
belajarlah dari setiap pengalaman
semoga kita menjadi manusia beriman..dri PURERI BALQIS
No comments:
Post a Comment