Hukum Melihat & Bertemu Tunang
Soalan 1) Apakah hukum melihat kepada tunang? Apakah batas anggota yang diharuskan untuk dilihat?
Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang perempuannya sebagaimana
disunatkan kepada tunang perempuan untuk melakukan sedemikian sebelum
berlangsungnya akad nikah. Ini adalah berdasar kepada hadis Rasulullah s.a.w. ketika bertanya kepada salah seorang sahabat baginda ketika dia melangsung
pertunangan dengan seorang perempuan.
"Adakah engkau telah melihatnya? Jawab lelaki itu : Belum.
Sabda baginda: Lihatlah kepadanya sesungguhnya ia akan membawa kepada
hidup berkekalan antara kamu berdua."
Tujuan melihat tunang ini
adalah untuk mlahirkan perasaan kasih sayang antara kedua tunangan itu.
Ia merupakan asas perkenalan antara keduanya sebelum melangsungkan
perkahwinan nanti. Masing-masing berpeluang mengenali secara lebih dekat
antara satu sama lain sehingga timbulnya perasaan puas hati dan redha
dengan pilihan yang dibuat bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini
berlaku selepas perkahwinan nanti.
Diharuskan kepada tunang
lelaki untuk melihat kepada muka dan kedua tangan tunang perempuannya.
Pada muka adanya rahsia berkaitan dengan keelokan dan kecantikan.
Manakala pada tangan pula tersimpan rahsia tentang kesuburan tubuh atau
pun tidak. Diharuskan untuk ibu dan adik beradik perempuan bagi tunang
lelaki untuk melihat kepada anggota yang lain daripada muka dan tapak
tangan bagi mengetahui apa sahaja yang mereka kehendaki. Pada tunang
perempuan pula diharuskan melihat anggota selain aurat pada tunang
lelakinya.
Disunatkan bagi tunang lelaki melihat tunang
perempuannya sebagaimana disunatkan kepada tunang perempuan untuk
melakukan sedemikian sebelum berlangsungnya akad nikah. Ini adalah
berdasar kepada hadis Rasulullah s.a.w. ketika bertanya kepada salah
seorang sahabat baginda ketika dia melangsung pertunangan dengan seoarng
perempuan.
Soalan 2) Apakah hukum
duduk bersama tunang ketika ibubapa ada bersama-sama? Apakah hukum duduk
bersama dengan adik beradik perempuannya selepas akad dalam keadaan
berpakaian dengan pakaian yang menepati syarak? Bolehkah duduk bersama
tunang jika ada bersama kita saudaranya yang kecil atau sudah besar?
Perlu difahami bersama bahawa hukum tunang sebelum berkahwin adalah
masih asing bagi tunang lelaki begitu juga sebaliknya. Sebarang
pertemuan yang bertujuan untuk menjaga ikatan ke arah membina
rumahtangga yang aman dan soleh selepas kahwin nanti adalah diharuskan.
Berkesinambungan daripada inilah maka diharuskan tunang lelaki untuk
bertemu dengan tunang perempuannya walau pun berlakunya kekerapan.
Tunang lelaki juga diharuskan duduk bersama dengan tunang
perempuannya dalam rumah keluarganya atau pun keluar bersamanya dengan
syarat ditemani oleh adik beradik yang telah baligh samada lelaki atau
perempuan bagi mengelakkan berlakunya khalwat atau bersunyian antara
keduanya samada dalam rumah atau tempat umum.
Diharamkan
keduanya berada dalam keadaan khalwat kerana kedua-duanya masih dikira
asing kerana belum dikahwinkan. Kedua-duanya dibenarkan bercakap apa
sahaja selagimana menjaga adab Islam dan jauh daripada khalwat. Selepas
berlangsungnya akad nikah maka segala yang diharamkan sebelum kahwin
telah dibenarkan. Kita juga dibenarkan duduk bersama saudara ipar selepas
akad nikah dengan syarat mereka memakai pakaian mengikut kehendak
syarak.
Inilah dia peradaban Islam yang begitu menjaga pergaulan
antara lelaki dan perempuan walau pun sudah bertunang bagi mengelakkan
zina dan seumpamanya yang akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih
teruk dan merbahaya lagi.
No comments:
Post a Comment