Sunday 12 February 2012

Insomnia _ Gangguan Tidur


by Najibah Hassan

RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur. 


Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.


Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu. 


``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.


``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.


Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:


* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.


``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.


Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.


``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya

``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.


Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.


Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:


* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)

Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:

a. Tahap I - Rasa mengantuk

b. Tahap II - Tidur-tidur ayam

c. Tahap III dan IV - Tidur mati.


Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)


Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.


Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa.


Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.

Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.


``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

``
Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.

Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.


Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri.

Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.


``Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.


Apa itu insomnia?


Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.


Tahap insomnia


* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.


Jenis insomnia


* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.


* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.


A. Psikiatri

* Masalah kemurungan, skizofrenia


B. Bukan psikiatri

* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala

* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)

* Epilepsi

* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati

* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam

* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu

sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku

* Rest leg syndrome

* Pedih hulu hati

* High altitude insomnia

* Angin ahmar

* Penyakit Alzheimer

* Ketumbuhan otak

* Migrain


Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:


* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.


* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.


TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.


Sumber Dari: www.utusan.com.my

KHASIAT AJAIB TEMPE

                                          Tempe mentah
                               
Siapapun pasti kenal tempe. Makanan ekonomis yang selalu ada di setiap menu makanan kita. Namun tak banyak orang tahu khasiat di balik makanan yang rasanya yang lazat, harganya murah dan mudah didapati.

Tempe sering dijumpai di rumah maupun di warung-warung, sebagai lauk dan pelengkap hidangan. Tapi tempe tenyata bukan hanya sekadar makanan sederhana. Tempe memiliki kandungan dan nilai cerna yang lebih baik dibandingkan dengan kacang soya.


Tempe adalah makanan hasil fermentasi antara kacang soya dengan jamur (fungi)  Rhizopus Oligosporus.Pada tempe terjadi peningkatan nilai gizi  lebih 2 kali ganda setelah kacang soya difermentasi menjadi tempe, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. Bahkan hasil analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.Karena kadar niasin pada kacang soya  hanya berkisar 0,58 mg, tempe, dapat dikonsumsi dalam tiga bentuk utama.

Sepotong tempe mengandungi  berbagai unsur bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteri bermanfaat untuk kesehatan. Oleh karena itu, Tempe disebut makanan segala umur, karena sangat baik untuk diberikan kepada kanak-kanak hingga orang tua.


Sebagai Pencegah Anemia & Osteoporosis

Tempe dipercaya bermanfaat untuk mencegah anemia dan osteoporosis, dua penyakit yang banyak diderita wanita, sebab kudrat wanita yang harus mengalami haid, hamil serta menyusui bayi.

Penyakit anemia ini biasa  menyerang wanita yang malas makan, karena takut gemuk, sehingga persediaan dan produksi sel-sel darah merah dalam tubuh yang menurun.


Tempe juga dapat berperanan  sebagai sumber  mineral, vitamin B12 (yang terdapat pada makanan haiwan), dan zat besi yang sangat diperlukan dalam pembentukan sel darah merah. Selain itu, tempe juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Selain protein, asam lemak PUFA, serat, niasin, dan kalsium di dalam tempe dapat mengurangi jumlah kolesterol jahat.

Mencegah Kanser Payudara dan Penuaan

Di dalam tempe juga ditemukan suatu zat antioksidan dalam bentuk isofalvon. Seperti halnya vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Dalam kacang soya  terdapat tiga jenis isoflavon, yaitu daidzein, glisitein, dan genistein. Pada tempe, di samping ketiga jenis isoflavon tersebut juga terdapat antioksidan faktor II (6,7,4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan dengan isoflavon dalam kacang soya.


Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, menemukan bahwa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).Antioksidan ini disentesis pada saat terjadinya proses fermentasi kacang soya menjadi tempe oleh bakteria Micrococcus leteus dan Coreyne bacterium.


Menghambat proses penuaan dini pada wanita

Selain kegunaan isoflavon diatas, ternyata zat anti oksidan yang satu ini juga terbukti mampu menghambat proses penuaan dini khususnya untuk wanita menjelang masa menapause. Hal ini diperkuat dengan riset yang dilakukan staf pengajar Fakulti Kedoktoran Undip Semarang, Dr dr Prasetyowati SpKK yang menguji lebih-kurang 30 responden wanita yang diminta mengkonsumsi kapsul berisi ekstrak isoflavon kacang soya  tempe selama tiga bulan.

Dari hasil yang dicatat, ternyata kulit mereka lebih kenyal dibandingkan dengan responden yang tidak diberi ekstrak isoflavon.

Menurut Prasetyowati hormon ekstrogen dalam isoflavon kacang soya boleh  menghambat penuaan. Selain itu mengonsumsi kacang soya  untuk menjaga kecantikan selain murah juga aman, dibanding bahan kimiawi yang menjanjikan hasil cepat namun berisiko.

Wanita paruh baya setiap hari paling tidak memerlukan 50-100 miligram isoflavon. Bila setiap 60 gram tempe mengandung 10 mg isoflavon, maka perempuan pada usia senja harus lebih banyak mengonsumsi tahu dan tempe.

Ia menambahkan khasiat isoflavon bukan hanya berguna bagi wanita, namun mengkonsumsi makanan mengandung isoflavon dapat  mencegah kanser prostat pada lelaki.

Jadi, wanita dan lelaki  yang memasuki usia 40 tahun, disarankan lebih banyak makan tahu dan tempe atau buah bengkoang yang juga kaya akan isoflavon.




                                 Tempe digoreng bersama ikan bilis dan cili, enak!

Menafaat Tempe antara lain :


1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi  cirit-birit.
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.
3. Mengandung superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung.
4. Membaiki masalah  anemia. Anemi ditandai dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang tersedianya zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahwa tempe mengandung senyawa anti bakteri yang diproduksi oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang bermanfaat meminimalkan kejadian infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi ganda (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi maupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hipertensi
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.

(Syahidah/dbs)

PEMULIHAN SAKIT KEPALA DI RUMAH

                Sakit kepala, memang menyakitkan....

Lebih daripada 10 juta rakyat  Malaysia bukan hanya mendapat sakit kepala, tetapi mereka juga mengalaminya  berkali-kali. Sesetengah orang dilahirkan dengan biologi yang membuat mereka terdedah kepada sakit kepala. Kebanyakannya adalah berupa  ketegangan (tension), yang mencakupi 90% daripada semua sakit kepala. Kesakitan ini biasanya merangkumi seluruh kepala, dan anda mungkin merasa sakit yang amat sangat.

Tetapi kira-kira  6 juta orang mengalami migrain, yang lebih teruk lagi. Migrain adalah penyakit kompleks yang menyebabkan kesakitan yang teruk  , biasanya terletak di sebelah kepala, sering disertai dengan loya dan sensitiviti cahaya dan bunyi bising, dan gejala-gejala lain. Banyak perkara yang boleh menyebabkan  serangan migrain, termasuk perubahan paras hormon, tabiat makan atau tidur, dehidrasi, tekanan, perubahan cuaca  dan sebagainya.

Apabila anda berada dalam kesakitan, dan pil penahan sakit  tidak memberi kesan, cuba pil penahan sakit semula jadi ini.

Sakit kepala tidak menyeronokkan untuk sesiapa sahaja dan terutama  bagi  penghidap migrain. Ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen, naproxen, atau acetaminophen boleh membantu, tetapi anda harus  berhati-hati  agar tidak  berlebihan, kerana ia  boleh membawa kepada kesan buruk. Berikut adalah rawatan rumah yang terbaik untuk mencegah sakit kepala dan membantu mereka agar sentiasa sihat.


Elakkan MSG

Monosodium glutamate (MSG) boleh menimbulkan  rasa  pedas  atau perisa dalam sup , tetapi jika anda salah seorang daripada orang yang sensitif  terhadap  penambah perisa ini , ia juga mungkin membawa          kepada sakit kepala. Seperti lain-lain penyebab sakit kepala, MSG  menyerang  dengan mengembangkan saluran darah dan saraf  di dalam otak. Jika anda mendapat sakit kepala dan gejala-gejala lain daripada MSG, pastikan ia ditinggalkan  apabila anda memesan makanan  berupa sup . Banyak barangan berpakej juga mengandungi MSG , jadi bacalah  label dengan teliti . Namun nama seperti protein terhidrolisis, glutamat, dan kaseinat, semuanya adalah  MSG dalam samaran.
 

                                               Hot fudge sundae 

Elakkan  Amina dan Nitrat:

Sundae  panas (hot fudge sundae)  mungkin kedengaran indah , tetapi ia juga boleh menjadi mimpi ngeri bagi penghidap migrain. Coklat, yang mengandungi sebatian amina yang dipanggil phenylethylamine, boleh menyebabkan saluran darah untuk mencerut, kemudian melebar, yang boleh mencetuskan sakit kepala. Yang paling teruk daripada amina mungkin tyramine, asid amino yang ditemui dalam keju lama , herring jeruk, dan hati. Lain-lain makanan yang mengandungi amina termasuk roti yis buatan sendiri, kacang lima, dan snow peas. Nitrat, sebatian yang biasa dijumpai dalam produk daging diproses seperti hot dog , dan salami, juga mengembangkan saluran darah dan boleh membawa kepada sakit kepala.

 
Minyak ikan

Satu kajian kecil di Universiti Cincinnati mendapati bahawa mengambil kapsul minyak ikan mengurangkan kekerapan dan keterukan migrain, berbanding dengan mengambil plasebo. Walaupun masih awal, penemuan ini menambah bukti   manfaat daripada omega-3 asid lemak dalam ikan. Anda juga boleh makan bersamaan 2 auns lemak ikan setiap hari untuk meraih  khasiatnya.


Mandian Hangat

Mandian air hangat  yang menenangkan ini  dengan ditambah  satu sudu kecil biji sawi (digunakan dalam masakan; boleh didapati di kedai-kedai runcit) boleh membantu anda memulihkan  sakit kepala. Air panas menyebabkan badan anda mengagihkan semula darah dari  kepala yang berdenyut  ke seluruh badan. Pada masa yang sama, minyak pati biji sawi merangsang kulit, mengalihkan perhatian anda daripada sakit kepala.


Halia

Herba wangi ini  menghalang bahan yang dipanggil A2 thromboxane, yang menghalang pembebasan bahan yang menyebabkan saluran darah mengembang. Dalam erti kata lain, ia boleh membantu memastikan darah mengalir pada tahap yang lebih mantap, yang penting dalam pencegahan migrain. Parut halia segar dan jadikan  jus, , gunakan halia segar atau serbuk seperti  apabila anda memasak.


Pensil

Apabila anda tertekan atau cemas  tanpa disedari ,anda  mengancing  gigi; ini menyebabkan ketegangan otot  di rahang dan  boleh mencetuskan sakit kepala . Satu penyelesaian: Letakkan pensel di antara gigi tetapi tidak menggigit. Anda secara automatik merehatkan  otot rahang  daripada menjadi tegang , yang boleh menghalang kesakitan.



Berdiri lurus

Postur (kedudukan) yang salah akan  mewujudkan ketegangan otot yang memberikan  tekanan ke atas saraf yang menyebabkan sakit kepala. Bagi orang yang bekerja dengan komputer, masalah postur yang dipanggil postur kepala ke hadapan boleh timbul . Setiap inci kepala anda bergerak ke hadapan berasa seperti 5 kg  tambahan kepada otot-otot di bahagian atas belakang dan leher anda,. Cuba teknik ini untuk membetulkan postur kepala ke hadapan: Jajarkan mata anda di atas bahu anda. Apabila anda melakukan ini, anda secara automatik akan meluruskan.



Perhatikan  Pengambilan Kafein:

Jika anda minum kafein yang terlalu banyak - tiga kali  atau lebih  sehari, boleh menyebabkan atau memburukkan lagi sakit kepala anda. Selain itu, tiba-tiba berhenti dari mengambil  kafein juga  akan membawa kepada sakit kepala. Tetapi jika anda bukan seorang pengguna kafein biasa, satu cawan kafein adalah baik untuk melegakan sakit kepala dengan mengecutkan saluran darah. Ia juga meningkatkan keberkesanan ubat penahan sakit , yang mana,  mengapa ia dijumpai dalam kebanyakan ubat sakit kepala.



Magnesium

Cuba ambil magnesium (200 hingga 400 mg) untuk mengurangkan ketegangan otot dan kekejangan.. Pastikan makanan tambahan itu mengandungi sekurang-kurangnya 200 mg magnesium unsur yang aktif. Sebab magnesium adalah lebih  kepada pencegahan daripada merawat . Katakan, sakit kepala prahaid,  di mana  anda boleh menjangka bila ia datang dan anda boleh mengambil satu dos sehari lebih awal. Mereka yang mempunyai masalah buah pinggang perlu berunding dengan seorang pengamal penjagaan kesihatan sebelum mengambil magnesium.

From the Editors of Prevention

Thursday 9 February 2012

Kujejak Tapak ini

Mana perginya kaum keluargaku?
mana perginya abang-abangku?
mana perginya kakak-kakakku?
mana pergi teman-temanku?
semua bersembunyi dariku?
mengapa?
tak tahukah kalian...
aku menangis di sini!
sedu-sedan aku...
kuhempas segala mainanku
aku rindu kalian
aku rindu
sesungguhnya
untukmu untukmu untukmu...
segala yang kulakukan...
semuanya untukmu...
hahaaaaa
dalam tangisku aku termenyanyi pula
hahahaaaaa aku sayang kamu semua
semua kenangan manis bersamaku
kusimpan menjadi kenangan terindah
terindah di galeri hidupku
janji kalian janji...
jangan pergi dariku...
aku rindu...telapak kakimu.

~ICT~berdendang rindu..Espie..

SEPI ITU RINDU

Dalam sepi ..
banyak perkara ditemui...
kekadang dalam sepi itu
ada jiwa yang merintih..
dalam sepi ada resah gelisah
dan berkeluh kesah
mengenang pahit manis
kehidupan,,

Sepi buat kita mengelamun

terkenang masa silam yang indah..
ada darai air mata
ada senyum dan tawa
mereka berkata..sepi itu indah

namun hati ku berbisik

sepi itu adalah kerinduan
ada pilu yang mendera
ada lara yang menyaluti jiwa..
kerana dalam sepi
rindu kian membara
bergelodak didanau kalbu

lalu mengalir butiran jernih

yang memilu
lalu rebah dimuara sendu...
kerana sepi itu adalah rindu

Seindah Janji

9/2/2012

PETUA MENGURANGKAN SELSEMA

 Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk.

Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong.

Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.




Sunday 5 February 2012

Kasih Bukan Milikku

kasihku...
carilah aku dalam hatimu
ucapkanlah kau sayang padaku
jangan biarku berduka
jangan biarku derita
kasihku tercipta untukmu

namun kini kumengerti
dirimu bukan untukku
kurela mengundurkan diri
andainya dirimu bahagia bersama dia..

Sunday 8 January 2012

MUARA BERNAMA CINTA

Titis hujan yang melambai dikaca jendela

Ia mencari alamat sungai
Aku mencari alamat hatimu
Ku temukan telaga
Sebuah genangan suci
Tanpa ombak, tanpa nyanyi
Lalu ku tenggelam dalam bening puisi
Itulah yang istimewa tentang dirimu
Ketika segayung hujan
Membasahi telapak tanganmu
Aku terhanyut di situ
Lautan teduh dakapanmu
Maka aku menyamar hujan
Memelukmu deras
Mencium parasmu dengan kecup rintik
Yang tak pernah tuntas
Ditelapak tanganmu
Aku mengembara tanpa henti
Menyusuri garis-garis sungai keberuntungan
Setiap garis adalah makna
Membawaku pada muara bernama cinta
Aku disitu
Melukis sawah-sawah yang menguning
Dengan jejak hidupku
Rerumputan, ilalang, kenangan
Dan bunga-bunga rindu
Airmata dan semesta
Hujan dan doa
Membentangkan tenda cahaya
Tempat kita menghabiskan waktu dan bara
Setiap bintang adalah kurnia
Setiap titik waktu yang kupetik untukmu
Aku ingin menulis
Seperti sebaris embun
Yang kau selipkan pada selaris kuntum senyummu
Cukup manis walau hanya sebait senyum
Ku tahu
Puisi tak selalu tercipta dari kata
Tapi hanya dengan kata
Aku mampu menceritakan puisi ini padamu

08/02/2012

Meru51
~ Akan Kukenang ~

Walau sekian lama dikau melangkah pergi,

meninggalkanku di sini sendirian
serelung hatiku remuk dihiris kepiluan
setelah kau vakum segala memori itu

Airmataku keguguran seperti permata bertaburan

berkilauan dipancar cahaya nur kasihku
sepiku di sini..... malangnya kau tidak menoleh
lalu melangkah pergi tidak kembali

Kujadikan ini suatu memori peristiwa kita bersama

walau pahitku telan dan tersenyum sendiri
tiada siapa menemaniku mengelamun kukesepian
hanya bayangan menjadi gantian

Tetap akan kukenang pahit dan manis

antara kita berdua telah menyemai setiap langkah percintaan itu
bersamamu hingga ke akhir nadiku terhenti
Kaulah yang kusayang dan kurindu selalu
masih lagi segar dalam ingatanku ini ~


~ KA - Keris Abadi ~

08/01/12 ~ 12:30am

Monday 2 January 2012

~SELAMAT TINGGAL SEMUA~

Sayu hati tak terkata
bila langkahku mengorak pergi
meninggalkan teman-teman semua
yang telah dianggap sebagai keluarga sendiri.

Airmataku tumpah di saat ini
deras, sederas jari jemariku menekan papan kekunci ini
sedih, hiba berona dan beronak di dalam dadaku
seakan nyawaku akan terhenti di saat ini.

Tapi apakan daya
aku terpaksa akur juga dengan tuntutan tanggungjawab berkeluarga
demi masa hadapan anakku, aku terpaksa merelakannya.

Walau berat dan hiba bersuasana
aku harus, gagahinya jua
untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua
mengundur diri buat seketika.

Mugkin dalam tiga atau empat purnama
masa akan pantas berlalu pergi tidak terasa
dan aku pasti akan kembali lagi di sini semula
bersama nukilan aku yang lebih bertenaga.

Semuga ketemu lagi nanti
salam sayang aku buat semua
teman-teman dan saudara saudariku
juga buat kekasih hatiku yang tercinta.

Aku sayang kamu semua
semuga ikatan persahabatan kekal selama-lamanya.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN.
02-01-2012 jam 0240am.