Saturday, 27 August 2011

73 Puak Islam akhir zaman, umum tahu hanya satu puak selamat azab Allah. Puak itu pula terpecah 7 saf dengan Imam masing-masing iaitu saf Para Rasul, Nabi, Wali Allah, Syahidullah, Hafizullah, Habibullah(mati kecil) dan Malaikat Allah. Pintu pertama, ke-2, ke-6 dan ke-7 telah tertutup untuk kita. Dalam saf manakah kita sekarang dan siapa Imamnya..??

Alllah akan menurunkan kembali 7 Pemuda Gua yang... diceritakan dalam Quran, surah Al-Kahfi, untuk mengerjakan haji bersama Nabi Isa a.s dan 70,000 makmum yang dipimpin oleh Imam Mahadi a.s di akhir zaman ini. Adakah kita semua termasuk dalam jumlah kecil itu..?? (Umat Islam dunia semasa lebih 1.7 bilion orang).

Setelah Imam terakhir Bani Hasyim muncul(ke-12), hanya ada 4 buah negara kuffar di dunia yang tidak dibinasakan oleh doa pemusnah Imam Mahadi a.s dengan bayaran Jizyah sebanyak 4,000 kati gandum setahun" - Imam Jaafar As-Saddiq r.a(Imam Bani Hasyim ke-6). Agak-agaknya negeri mana..??

Alam Cyber telahpun dianggap canggih oleh semua manusia di zaman ini, Namun masih terlalu jauh ketinggalan dengan "Teknologi Ruh" dalam Islam di mana komunikasi 2 hala antara kita yang hidup dengan semua arwah manusia yang telah meninggal dunia di alam barzakh lebih jelas dari facebook tanpa sebarang peranti ciptaan muhaddas. Malangnya ia hanya khusus untuk "Orang Mukmin"..!!

Ada yang soal kenapa selama hidup mereka tak pernah dengar Istikharah dengan Al-Quran sebagaimana mazhab MQTK..?? Jawapan dari sisi Allah : Innalazi najahadu fina lanah diyannahum subulana (orang2 yang benar2 ikhlas bermujahadah pada jalan kami, nescaya kami tunjuki mereka ke jalan kami yang lurus/Al-Quran). Allah memberi petunjuk kpd sesiapa yang Dia kehendaki dan menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki.(Allah lebih tahu sebabnya) ~Hasna Isma~

No comments:

Post a Comment