Sunday, 28 August 2011

~ Ikhlas Cermin Jiwa Yang Bersih ~

Rasulullah s.a.w. pernah bercerita, bahawa ketika Allah swt menciptakan bumi, keadaannya masih tidak stabil, lalu Allah swt memperkuatnya dengan gunung-gunung. Maka hairanlah para malaikat, seraya bertanya, "Ya Allah, adakah makhluk yang lebih hebat dari gunung."? Allah menjawab "Ada iaitu besi" Malaikat bertanya lagi, "Adakah yang lebih hebat dari besi?" Allah menjawab "Ada iaitu api." Lalu malaikat bertanya, "Adakah yang lebih hebat dari api?" Allah menjawab, "Ada iaitu air." Malaikat bertanya lagi, "Adakah yang lebih hebat dari air." Allah menjawab, "Ada iaitu angin." Malaikat bertanya lagi. "Masih ada yang lebih hebat dari angin?" Lalu Allah berfirman dalam hadis Qudsi : "Ya, ada iaitu manusia yang ikhlas, yang apabila bersedekah disembunyikan, sehingga apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya, tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang dikeluarkannya itu."
(HR. Termizi)

Pasti berbeda nilai sedekah antara dermawan yang sengaja dengan yang tidak sengaja mengundang wartawan ketika menyumbangkan sedekah atau derma untuk dirakam dan dihebah-hebahkan. Kita yakin bahawa setiap sedekah pasti ada tingkatan nilai keikhlasannya, mungkin kosong peratus atau sepuluh peratus atau 75 peratus, kemungkinan lebih atau kurang tergantung seberapa ikhlas sedekah-sedekah yang dikeluarkan. Kerana jiwa yang bersih akan tercermin dari sejauh mana keikhlasan seseorang dalam berbuat kebajikan.

Seorang ulama menyatakan: "Manusia itu seluruhnya akan binasa kecuali yang beriman, mereka yang beriman akan binasa kecuali yang beramal, dan mereka yang beramal seluruhnya binasa kecuali mereka yang ikhlas."

No comments:

Post a Comment