Sunday, 28 August 2011

~ Jiwa Orang Yang Beriman Itu Mahal ~

Hassan Al-Basri menyatakan, "Jangan tentukan harga dirimu kecuali dengan syurga. Jiwa orang yang beriman itu mahal, tapi sebahagian dari mereka justeru menjualnya dengan harga yang murah. Ada orang yang menangis dan meraung-raung kerana kehilangan harta mereka, kerana rumah-rumah mereka yang hancur, dan kerana kenderaan-kenderaan mereka yang terbakar, namun mereka tidak menyesali dan bersedih atas merosotnya keimanan mereka, atas dosa-dosa mereka, dan atas sikap mereka yang memandang sepi terhadap ketaatan kepada Rabb mereka, nescaya akan menyedari bahawa mereka tidak ada nilainya jika diukur dengan apa yang mereka tangisi, dan akan menyesali apa yang mereka lakukan. Letak permasalahannya adalah permasalahan nilai, ideal, sikap dan tujuan hidup.

Renungilah firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat)." (Al-Insaan: 27)

No comments:

Post a Comment