Saturday, 27 August 2011

Erti Sebuah Kemenangan

etelah menahan lapar dan dahaga
berkorban nafsu dan tenaga
terkekang segala hasrat yang sarat
menjerat seluruh kudrat
kerana ketaatan bernama ibadat

genap sebulan tertunaikan
demi ganjaran yang dijanjikan
sebuah pahala yang didambakan
dan kemenanganpun dianugerahkan
atas kewajaran sebuah kemuliaan
dariNYA yang menjadikan

dan pastinya diterima dengan syukur
menadah tangan tanpa rasa takabur
kemenangan anugerah dari yang Ghaffur
penguat keimanan yang kendur

kan diapakan sebuah kemenangan
yang suci anugerah dari tuhan
tercela oleh bisikan syaitan
setelah dirayakan dengan ketidak wajaran
terlimpar dengan pembaziran
mengikat pinggang dengan perbelanjaan
berhibur dari siang kemalaman
dihiasi dengan pergaulan
bebas tanpa rasa silu dan sesalan
menikmati berbagai hidangan
berpakaian lebih dari patutan
bagaikan sebuah tayangan
setelah menjalani perukunan
sepanjang Ramadan
demikian erti sebuah kemenangan
pada mereka yang salah tafsiran

by Abdullah Tahir on Saturday, August 27, 2011 at 5:57pm

No comments:

Post a Comment