Monday, 29 August 2011

~ JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN ~

Jika kamu memancing ikan dan setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah diambil ikan itu. Janganlah sesekali diLEPASkan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak JANJI DAN PENGHARAPAN kepada seseorang dan setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada & jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar KEPERLUANmu kerana apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang dan sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya dan janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya terlalu ISTIMEWA. Anggaplah dia manusia biasa kerana apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya dan akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

( Semoga Bermanfaat)

No comments:

Post a Comment