Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih dari benang hitam, iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam; dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan dosa, padahal kamu mengetahui
QS2:187-188

No comments:
Post a Comment