KERANA AKU
Di Seluas Lautan Dunia MU,
Ku Melayarkan Bahtera Ku
Di Pesisiran Perhentian MU
Aku Berlabuh Bernafas Seketika....
Kerana Aku Hanya Insani,
Kerana Aku Hanya Hamba MU....
Di Bawah Lindungan Langit MU,
Ku Tumpang Untuk Berteduh,
Di Seluas Dataran Dunia MU,
Ku Merangkak Ke Arah Destinasi....
Kerna Aku Insani Sering Alpa,
Kerna Aku Tiada Lari Dari Kesilapan....
Ya Tuhan Ku Tunjukkan Jalan MU,
Supaya Aku Tiada Tersesat,
Ya Tuhan Ku Ampunkan Dosa Ku,
Andai Aku Jatuh Di Jurang Dosa....
Kerna Aku Di Sini Sementara,
Kerna Aku Akan Ke Sebelah Sana....
Sesungguhnya Tiada Abadi,
Bernyawa Di Dunia Ini,
Sesungguhnya Kekal Itu,
Hanya KAU Tuhan Ku Yang Satu....
Kerna Aku....
Tajuk: KERNA AKU
Penulis: SANG PUJANGG
No comments:
Post a Comment