Saturday, 27 August 2011

Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?.
Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesung...guhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah diusir.
Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan
Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
Hingga ke hari yang termaklum.
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.
Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat
Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka
Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka
QS15-32-44

No comments:

Post a Comment