Friday, 26 August 2011

CINTA DAN AIRMATA

Cinta yang dirasainya
adakala bagai awan kelabu
menebal dan gelap
...seperti hendak hujan
tetapi masih mampu bertahan
kerana kekuatan cintanya.

Airmata yang ditahannya
menjadi sebak dan pilu
biarpun cinta itu berbalas
pertemuan kasih itu
mencabar hati dan akalnya
barangkali ini takdir
satu dalam seribu
cinta dan airmata bersatu.  (Mohd Adnan Bahari)

No comments:

Post a Comment