Friday, 26 August 2011

Ketiadaan Sifat Malu Seseorang


Malu sudah hilang bererti benteng diri sudah tumbang
Apabila malu sudah hilang, tidak ada benteng dan kawalan pada diri insan
Oleh itu segala-galanya terdedah pada diri seseorang
Tidak ada halangan yang akan berlaku pada diri sesiapa sahaja
Perasaan malu tidak ada, rasa aib hilang, membuat dosa tidak terasa apa-apa
Boleh sahaja buka aurat, boleh sahaja mengorat
Bercakap pun tidak bersukat, bercakap mengarut, mencarut boleh aja
Boleh tipu, tipu, boleh bohong, bohong jadi budaya
Minum arak, lepak-lepak, rasuah, zina biasa sahaja
Pada mereka apa orang kata tidak ambil kira
Peduli orang, apa rasa kita hendak buat, kita buat
Kita mahu bebas, jangan fikir orang
Apa yang baik pada kita, kita buat sahaja
Yang penting kita puas, yang kita mahu bebas
Persetan dengan agama, peduli apa dengan disiplin
Apa perlunya etika apa perlunya peraturan
Peraturan ini semuanya menyusahkan kita
Kita mahu bebas, jangan bataskan kita
Kita mahu puas, jangan sekat kita
Mereka ini lupa dengan pengalaman hidup mereka
Bolehkah mereka bebas dari penyakit?
Dapatkah mereka lepas daripada bala bencana?
Mampukah mereka lari daripada orang kata dan hina
Berjayakah mereka mengelak daripada sesuatu yang menyusahkan hati dan jiwa?
Ini menunjukkan ada yang Maha berkuasa ke atas diri kita
Oleh itu kenalah ikut peraturan, berpijaklah di bumi yang nyata
Lebih menyelamatkan kita daripada hendak lari dari alam nyata

No comments:

Post a Comment