Ketika Aku Senang....
Ketika aku senang sendirian...
kau datang bertandang
kau intai setiap ruangku
kau jejak setiap langkahku
kau usikku dengan kata katamu
aku cuba menepis setiap kali kau bertamu
adakala timbul rasa tidak senang dalam diriku
kau tidak pernah ambil peduli
aku hairan sikapmu
tanpa rasa jemu kau terus menyapa
kau seolah tidak mahu mengerti
kau kejar bayangku
berilah aku waktu
untuk aku kenali siapa diriku
dan siapa dirimu
aku kira kita tidak akan rugi apa apa
agar tidak ada penyesalan
pada kemudian nanti
buat kita .
....yatie yusoff....
No comments:
Post a Comment