oleh Din Kelate pada pada 15hb Ogos 2011 pukul 2.15 ptg

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengabulkan & Maha Pengampun.
Sesungguhnya tiap jasad yang bernyawa perlukan makanan. Dari situlah akan terhasilnya rentetan proses menjana tenaga kekuatan. Dalam meneruskan gerak laku kehidupan. Sebagai pemangkin dalam memperolehi kesejahteraan kesihatan. Agar setiap rencana perancangan mampu dilaksanakan. Demi menikmati secebis nikmat kebahagiaan. Yang sering hadir diselimuti kebathilan.
Begitu jualah dengan setiap jiwa perlukan santapan. Bedanya bagi hidangan rohani, tidak diperlukan sebarang tegukan & suapan. Lantaran, yang akan mengenyangkan bukannya barang yang dihadamkan. Ianya adalah cebisan santapan yang mampu meneguhkan benteng keimanan. Serta menghadirkan hening ketenangan. Yang sering dikau tagih setitik keharmonian. Disebalik kalut lambakan kemewahan. Sedangkan dari sisi-Nya, jualah terbit kedamaian. Petanda jelas dikau dekat dengan puncak keredhaan.
Subhanallah, betapa indahnya jiwa yang mampu mengucap kesyukuran. Pabila mengerti natijah tindakannya ada nisbah ganjaran. Yang mampu membedakan tahap keberuntungan. Kerna damai yang disusuri bukan hanya sekitar keduniaan. Sedangkan pabila tiba didestinasi pengakhiran. Jelas ketara dikau kepapaan. Lantaran, kemewahan harta dunia tiada nilaian tukaran. Dalam neraca Pencipta mu yang Maha Menyaksikan.
Lantas, disamping pelbagai ibadah fardhu yang jadi keutamaan. Serta rentetan solat sunat & bacaan al-Quran yang perlu dijadikan amalan harian. Diri mu juga perlu juga dihiasi dengan Zikrullah sebagai tanda pengabdian. Kerna mana mungkin seorang kekasih, yang tidak lekang memuji & menyebut nama kekasihnya secara berulangan. Samada secara sedar mahu pun leka dalam keasyikkan. Hinggakan pada tiap kali nama tersebut diucapkan. Sekujur tubuh bagaikan merasai getaran. Lantas, si dia bagaikan tersenyum tanda kehadiran.
Tabarakkallah, Zat yang sentiasa berkekalan. Sewajarnya Zat Yang Maha Pencipta yang telah mencipta mu dengan segala kesempurnaan. Wajar dipuji & dipuja setiap asma-Nya dari siang hingga kemalaman. Itu pun hanya secebis sahaja tanda kesyukuran. Sedangkan yang dituntut dari mu adalah amanah kehidupan. Akujanji taat setiakasih yang dialam ruh yang kita semua semarakkan. Agar dikau menzahirkan keikhlasan dalam menunai segala ketaatan suruhan. Agar dikau membuktikan kejituan dalam melaksanakan segala kepatuhan tegahan.
Justeru, disamping Asma ul-Husna dikau serikan pagi harian. Basahkan bibir mu & lenturkan hati mu dengan jadikan Zikrullah & Doa Harian berasaskan al-Quran sebagai hiasan. Hanya hati yang tawaduk pada-Nya mampu melakarkan. Apa jua anugerah-Nya yang pernah jadi kenikmatan. Kerna, tak seperti sang kekasih ianya bukan sekadar senyuman. Yang mungkin hadir dalam keterpaksaan. Lantaran, anugerah senyuman-Nya pula adalah tanda keredhaan. Keatas hamba-Nya yang kini terpasak pada jalan ketaqwaan.
Kini, dikau sudah pun kembali dalam dakapan Ramadhan. Bersamanya, sekali lagi rahmah, pengampunan menyeluruh & pembebasan dari api Neraka-Nya, dijadikan tawaran. Buat jiwa yang mampu membenarkan congakkan. Lantas, silap perhintungan kesannya ialah berkekalan dalam istana kepedihan.
Oleh sebab Ramadhan jua adalah bulan al-Quran diturunkan. Jadi, ayuhlah kita sama-sama semarakkan. Dengan istiqamah membaca sebahagian dari ayat-ayat al-Quran sebagai amalan harian. Kerna tiap satunya pasti ada fadhilat yang telah ditetapkan. Dengan membaca al-Quran, berkat Jadi, serahkan kepada-Nya untuk menentukan. Apa jua ganjaran yang berpadanan. Atas usaha ikhlas yang telah dikau sempurnakan.
Tak kira apa jua nama yang sering dilabelkan. Samada al-Mathurat, Hizib, Ratib atau Wirid yang sering dinamakan. Yang penting dikau ambil dengan yakin untuk dijadikan amalan. Jangan sekadar tahu tapi tak terdetik pun nak jadikan amalan. Serah sepenuhnya kepada-Nya atas apa jua gajanran. Kerna yang penting ialah Istiqamah yang diikhlaskan. Itulah baru bermakna tanda sandaran. Kesisi Yang Maha Perkasa, Zat yang benar untuk dijadikan ppunca kebergantungan.
Insya-Allah, dengan diri kita yakin & tekun dalam melaksanakan Zikrullah secara berterusan. Pasti, kita juga akan terkesan untuk membaca al-Quran sebagai panduan. Jika buku panduan pun dibekalkan bila membeli kereta mainan. Inikan pula diri mu yang telah dicipta-Nya dengan segala kemuliaan. Pasti perlukan rujukkan buku panduan agar kekal kesempurnaan. Ianya lebih baik dari sekadar sijil jaminan.
Berikut adalah ayat & surah yang boleh dijadikan koleksi zikrullah pilihan. Dikala waktu selepas solat Subuh yang masih keheningan. Bilangan perulangan dibawah adalah contoh yang daku amalkan tapi boleh ikut kesesuaian :
1. Surah al-Fatihah.
2. Surah al-Baqarah (ayat 1-5)
3. Surah al-Baqarah (ayat 185)
4. Surah al-Baqarah (ayat 255) : Ayat Kursi - ulang 10x
5. Surah al-Baqarah (ayat 284-286)
6. Surah al-Imran (ayat 18 hingga Innaddina 'Indallahil Islam)
7. Surah al-Imran (ayat 190-200) - pada ayat akhir ulang 3x niat biar Allah tingkatkan kesabaran.
8. Surah al-An'am (ayat 1-3)
9. Surah at-Tawbah (ayat 128 & 129) : Ayat Laqad jaakum - ulang 10x
10. Surah Hud (ayat 6) - ulang 11x
11. Surah al-Kahfi (ayat 107-110)
12. Surah ar-Ruum (ayat 17-26)
13. Surah YaaSiin : pada ayat 58 - ulang 7x niat dijauhi dari Neraka-Nya.
14. Surah al-Waaqi'ah
15. Surah al-Hadid (ayat 1-3)
16. Surah al-Munaafiquun - niat dalam hati pinta Allah jauhkan dari jadi orang yang munafik.
17. Surah al-Hasyr (ayat 21-24) : Ayat Lau-anzalna - ulang 3x (anti depressant)
18. Surah Ath-Thalaq (ayat 2-3) : Ayat 1,000 Dinar - ulang 10x
Berzikirullah berasaskan al-Quran adalah banyak kelebihan. Sila rujuk hadith-hadith berikut sebagai kepastian. Agar diri mu akhirnya beroleh keyakinan. Sebelum usaha yang ikhlas dikau tertibkan :
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Di dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: "Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwa ku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, dari Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata : Saya mendengar Nabi SAW bersabda : "Bacalah al-Quran kerana ianya akan datang pada hari kiamat sebagai penolong bagi pembacanya. Bacalah Zahrawaini iaitu surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua kelompok burung yang berbaris sebagai pembela keduanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana sesiapa mengambilnya bererti mendapat berkah. Sesiapa meninggalkannya bererti rugi. Dan ianya tidak terkalahkan oleh pahlawan wanita."
Dari Abu Zar r.a, beliau berkata, saya berkata : "Wahai Rasulullah berwasiatlah kepadaku. Baginda bersabda : "Tetaplah engkau bertakwa kepada Allah kerana ianya merupakan pokok kepada semua perkara". Saya berkata : " Wahai Rasulullah, berilah tambahan." Baginda bersabda : "Tetaplah engkau membaca al-Quran kerana ianya sebagai penerang bagimu di bumi dan sebagai simpanan bagimu di langit." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya, hadis yang panjang).
Oleh yang demikian, usahlah biarkan Ramadhan hilang begitu sahaja dari pandangan. Manfaatkan semaksima mungkin kehadiran yang ditaqdirkan. Lantaran, bersua lagi dimasa depan tiada jaminan. Kelak dibiarkan begitu sahaja pastilah kita yang kerugian. Jadi, biarlah kita menyambut Nuzul Quran kali ini dengan nada kelainan. Betapa rupanya didalam mushaf itu ada jalan untuk kita meraih ketenangan.Yang sering kali hadir tapi terasa amat sukar untuk dikau capaikan.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Ghaniyy Yaa Mughnii Yaa Sami' Yaa Muhaymin Yaa Fatah Yaa Razzaq Yaa Wahab.
Wallahu'alam bissawab.
Nukilan :
Din Kelate
15 Ramadhan, 1432 H
15 Ogos, 2011
@ Hakcipta Terpelihara
No comments:
Post a Comment