Friday, 19 August 2011

Panduan hidup

Sujud (SAJDAH)

Sabda Rasulullah s.a.w: Daripada Abu Hurairah,telah berkata Nabi s.a.w.
"Apabila manusia membaca ayat sajdah, kemudian ia sujud, menghindarkan syaitan dan menangis ia serta berkata: Hai celaka! Anak Adam (manusia) disuruh sujud, lantas ia sujud, maka baginya syurga dan saya disuruh sujud juga, tetapi saya enggan (tidak mahu), maka bagi saya neraka". (Riwayat Muslim)

1- Al-A'raaf : ayat 206
2- Ar-ra'd : ayat 15
3- An-Nahl : ayat 50
4- Al-Isra' : ayat 109
5- Maryam : ayat 58
6- Al-Hajj : ayat 18
7- Al-Hajj : ayat 77
8- Al-Furqan : ayat 60
9- An Naml : ayat 26
10- As-Sajdah : ayat 15
11- As-Shad : ayat 24
12- Fussilat : ayat 38
(Ayat-37)"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah".
(Ayat-38)"Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu."
13- An-Najm : ayat 62
14- Al-Insyiaqaq : ayat 21
15- Al-Alaq : ayat 19

Bacaan ketika sujud.

Subhanallah,
Walhamdulillah,
Wallaillahaillahaillallah,
Allahuakbar

Hasil perkongsian Paridah Mohamad
http://www.facebook.com/note.php?note_id=215279081817458&refid=22&_rdr#257072357638130
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Dalam perjalanan ini. Fahami. (Papan tanda kehidupan@kitab al-Quran). Kadang2, kita sekadar hanya faham apa yang kita fahami. Tetapi kita bertegas mahu orang faham apa yg kita fahami. Namun, kita tidak langsung mahu memahami apa yang orang lain fahami. Sedangkan, Kita sekadar tahu apa yg kita tahu. Bagaimanapun mereka lebih tahu apa yg kita tidak tahu. Tetapi kita tidak mahu tahu dari mereka yang tahu. Namun, kita sekadar hanya mahu mereka tahu apa yg kita mahu. Wal hal, kita tidak mahu faham utk memahami. "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. " (surah al-Israa : ayat 36) "Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?" (Az Zumar : ayat 37) Ikhlaskan hati pada setiap perkara. Nawaitu hanya kerana-NYA. Berkatalah tentang kebenaran untuk kebaikan bersama sebagai bekalan disana. Bukan berkata tentang yang benar utk kepentingan didunia. Kerana kita semua adalah bersaudara. Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya". (Az Zumar : ayat 14) “Dan tolong-menolong kamu atas kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah ayat 2) "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat". (Al-Hujurat : ayat 10) kang.nasir@yahoo.com. (20062011) (antara panduan penunjuk arah & iklan keduniaan)

No comments:

Post a Comment