SETELAH dikaji, dianalisa dari sudut ilmu yang ada hubungan dengan sembahyang, sama ada di segi lahir mahupun di segi batin, yang ada kaitannya dengan jasmani, mahupun maknawi dan rohani, zikir dan doa dan lain-lain lagi bahawa setakat atas dasar ilmu sahaja pun terasa benar bahawa sembahyang itu benar-benar agung, hebat dan unik. Itu belum lagi sesiapa yang Allah Taala anugerahkan yang dia benar-benar hayati sembahyang itu, dia jiwai, merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hatinya, mendapat ilmu di dalam sembahyang, seluruh bacaan sembahyang itu membangunkan jiwanya dan mentalnya, dia bermusafir dengan sembahyangnya, lebih-lebih lagilah terasa benar bahawa sembahyang itu sungguh agung.
Maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayati itulah akan melahirkan hamba-hamba Allah seperti berikut:
1. Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan dan agung.
2. Akan melahirkan peribadi yang kuat imannya.
3. Akan melahirkan peribadi yang kuat dan agung akhlaknya.
4. Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin hidupnya.
5. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya daripada mazmumah.
6. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih lahirnya daripada maksiat dan kemungkaran kecuali terlalu sedikit.
7. Akan melahirkan peribadi yang kuat syariatnya.
( semoga bermanfaat )
No comments:
Post a Comment