~~SANTAPAN ROHANI~~
Menjadikan kebaikkan orang sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.
Menanggung kemiskinan lebih baik daripada menanggung kehinaan
kerana sabar menghadapi kemiskinan adalah sifat redha dengan apa
yang ada.
Orang yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadanya maka dia lupa dan apabila dia bercakap dia gopoh dalam percakapannya dan apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan perbuatan tersebut.
No comments:
Post a Comment