Wednesday, 17 August 2011

Amalan-Amalan Sunat Semasa Qiyamulail

Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa qiyamulail ialah mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar memohon ampun ke hadrat Allah SWT. Tentang sedikit atau banyak atau banyak mengerjakan amalan-amalan sunat, tidak dihadkan.

Firman Allah SWT, maksudnya: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji". (al-Isra': 79)

Bangun bersembahyang, bertasbih dan membaca al-Quran paad sebahagian daripada malam boleh memberi kesan yang mendalam kepada jiwa orang yang melakukannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adakah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya". (al-Muzammil: 16)

No comments:

Post a Comment