MENCARI CINTA
Oleh: Aisha Ardini
Cinta,
Mengapa itu sukar digarap,
Dinilai dan dicapai,
Kelemasan dan kelemahan,
Tak tercapai dek hakikat,
Terhilang upaya kerananya
(Keratan dari puisi Cinta.Rindu.Dia.Aku. Karya Aishatul Humaira)

Cinta.Ia merupakan satu perasaan yang menggambarkan fitrah manusia, yang sememangnya ingin disayangi dan dicintai.
Perasaan cinta ini sememangnya terkandung dalam Hidayah Al-Hawas, dimana ianya adalah fitrah manusia yakni keperluan manusia untuk terus hidup di bumi ini.
Oleh itu, sekiranya tanpa cinta, manusia akan menjadi hilang akal, dan bertindak luar kawalan. Manusia akan menjadi kurang waras. Inilah akibatnya apabila manusia menolak fitrahnya sendiri.
Cinta itu terbahagi kepada banyak aspek. Cinta kepada ibu bapa. Cinta kepada ilmu. Cinta kepada sahabat. Cinta kepada kecantikan. Cinta kepada suami mahupun isteri. Cinta kepada alunan muzik. Cinta kepada keluarga. Tetapi cinta yang hakiki, adalah cinta kepada Ilahi.
Namun, hati insan banyak terfokus kepada cinta kepada insan yang lain. Hati yang kosong mula terasa ingin diisi, ingin disayangi oleh insan lain, yang bakal menjadikan dirinya istimewa di hati insan yang lain juga.
Tapi hakikatnya, mencari cinta sejati adalah agak sukar, sebagaimana keratan puisi diatas. Bergelumang dengan cinta bererti bersedialah dengan air mata, keresahan,kegembiraan dan banyak lagi.
Oleh itu, dalam usaha mencari pasangan hidup, kita mestilah memilih yang terbaik, yang boleh menaikkan kita tatkala kita jatuh, membantu dan tidak mendatangkan keresahan di hati kerana cinta adalah untuk dinikmati, bukan unutk ditangisi.
Seorang ibu berpesan kepada anaknya : Mudah untuk mencari seseorang yang mencintai kita, tetapi agak sukar untuk mencari seseorang yang mencintai dan juga sanggup berkorban untuk kita.
Fikirkanlah tentang ayat tersebut.
Dalam satu perhubungan, ianya akan banyak melibatkan pengorbanan sama ada dalam bentuk tenaga, masa dan banyak lagi. Dan melalui pengorbanan pengorbanan ini jugalah yang boleh menentukan kebahagiaan pasangan tersebut.
Dan tanpa pengorbanan, berapa lamakah cinta yang disemai itu akan bertahan?
Jesteru itu, sama-samalah kita mencari cinta yang sejati, yang boleh membahagiakan hati, bukan menambahkan keresahan di jiwa.

No comments:
Post a Comment