Friday, 30 December 2011

*Aku dan 2011*

hari-hari yang berlarutan
mendebungakan suasana
mengembangkan imbauan
menerbitkan pelbagai rasa
segala kenangan berleluasa
dibayangi detik yang tersisa
hadirnya tawa serta tangisan
rebahnya hati menopang rindu
kaku sudah jari-jemariku mengira
menghitungkan biluran keterlukaan
sedangkan waktu tak bisa menyudah
belati belenggu kian memutuskan asa

sungguh indahnya lautan nan membiru
bersadurkan keemasan nan menyilaukan
terserlah panoramanya bertudungi jingga
lukiskanlah detapan selagi berkesempatan
semua akan terpadam diselimutkan kelam
seumpama pelangi penyejuk panaurama
menyejukkan renungan yang berkabut
hembusan daripada bayu kesuraman

kau hamparkan sebidang pengertian
kau mewujudkan nyawa persoalan
kau asuh sebak dan kekecewaan
kau mengajar ilmu kepastian

ku sambutmu tika bahagia
walau kecapnya seketika
lalu kembalilah lampau
berdakapan denganku
bersendirianlah diriku

kini kau hampir berlalu
sedang rindu tak kutemu
kapan lagi datang bertamu
hinggalah lembaran memalu

*Aku dan 2011*
30 Dec 2011/05:22 a.m

~Gerbang Kayangan~

No comments:

Post a Comment