Kenangan..
KUingat lagi pada malam begini,
kutemui kau di kotak permintaan.
Kuperhatikan wajahmu.
Kuteliti watakmu.
Hatiku membeku.
ku juga membisu.
Kuingat lagi pada malam begini,
kau mula menyapaku
dan mula membuka ruang mengenalimu.
Kau cepat berlalu
meninggalkan soalan yang beribu...
Kuingat lagi pada malam begini,
hadirmu kulihat sekadar memerhati
kau cuma singgah, dan pergi.
Entah apa yang sedang kau cari.
Esoknya kau datang lagi.
Kuingat lagi pada malam begini,
kau meninggalakn jejak tanpa kaki
menarik aku pada ruang kemesraan.
Sebelum matahari meninggi, kau hadir lagi
membina sebuah kemesraan...
dan hari ini,
aku di sini..
kerana kau juga di sini.
Kita...sama-sama mengerti.
HasmaMaymeng-29/12/2011
No comments:
Post a Comment