Monday, 19 December 2011

~CINTAKU SEPUTIH SALJU~


Apa buktinya aku menyintai dirimu?

Itulah soalan yang kau tanya kepadaku!


Aku tiada jawapan terhadap soalan kamu itu!


Kerana bagiku!

Kata-kata lafas cinta amat payah untuk aku lahirkan
ungkapan cinta amat payah untuk aku luahkan
hanyalah dalam nukilanku, aku terbitkannya
hanyalah dalam puisi-puisiku, aku lakarkannya
hanyalah dalam kesyahduan karyaku, aku luahkan cintaku kepadamu.

Hanya itu yang aku tahu!

Hanya cara itu aku luahkan perasaan, aku.

Apabila dua hati memainkan lagu dan irama yang sama,

itulah yang dinamakan cinta!

Apabila dua hati asyik dalam memainkan nada yang sama,

itulah yang dinamakan cinta!

Dan apabila engkau dapat memahami nota-nota tersembunyi

dalam karya-karyaku untukmu,
itulah yang dinamakan cinta bagiku.

Aku tidak tahu jawapan yang bermain di hatimu

aku tidak tahu apa yang ada di hatimu kini
tapi yang aku tahu dan yang aku pasti
adalah hatiku!

Hanyalah di hatiku!

Hanyalah di jiwaku!
Namamu terpahat di dalamnya
bersemayam indah di singgahsana cinta
yang aku bina hanyalah untukmu.

Aku cinta padamu sayangku!

Hanya itu bukti dariku.

Cintaku seputih salju!.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)

NILAI, NEGERI SEMBILAN 19-12-2011 jam1212am.

No comments:

Post a Comment