SAJAK BUAT ANAKANDAKU
Bondamu: Rosnani Ahmad
Tika menyusuri batas kehidupan ini
kita adalah insan biasa yang pasrah
pada takdir Tuhan yang meronai
pelangi impian hidup kita
kerna kita tak bisa menentu segala
sejauh manapun kita berlari
ke hujung dunia maupun ke dasar benua
bukan kuasa kita untuk menangkis
sebuah derita yang tiba-tiba hadir
lantas menyonsang arah tuju perjalanan hidup kita
yang masih berbalam di balik tabir usia.
Anak-anakku
yangku kandung bersama jerit perih
untuk menobatkan diriku sebagai seorang ibu
dan meletakkan syurga kalian di bawah telapak kakiku
mustahil ada insan lain yang mampu
melahirkanmu buat kedua kalinya
kerana hakikinya ibumu cumalah satu
selama manapun kita dipisahkan
akhirat pasti kita bertemu
teruskan titian ke puncak jaya
bondakan selalu menitipkan doa
walau jauh mata memandang
namun dihati dekat umpama bebayang
sama-samalah kita menganyam jalur impian
berbingkaikan kenangan mementorkan pengalaman
semoga kalian tetap teguh berdiri
di balik runtuhan mahligai bahagia
antara bonda dan ayahanda.
* Semoga kita, ibu-ibu sentiasa dihargai oleh zuriat yang kita lahirkan ke dunia.

No comments:
Post a Comment