Saturday, 24 December 2011

KEAJAIBAN SEL DAN AIR
by DrJaffry Hassan on Saturday, December 24, 2011 at 3:20am

Di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 terdapat kandungan sebutannya; “….dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup….” Kenyataan ini adalah suatu fakta kebenaran tentang sesuatu bahan kandungan kepada semua benda hidup. Umumnya kita semua ketahui daripada pembelajaran sains Biologi bahawa sel adalah satu unit kehidupan yang paling mudah, kecil dan sangat komplek. Sesungguhnya tubuh adalah suatu benda yang hidup dan terdiri daripada satu unit sel sahaja seperti ameba, dan berjuta-juta sel di dalam tubuh manusia itu sendiri. Apa yang saya maksudkannya disini adalah setiap sel itu sendiri terdiri daripada 90% yang mana kandungannya adalah air. Tanpa air sel pasti tidak akan wujud, begitulah pada semua kehidupan di alam maya ini.

Air adalah juga sebagai cecair pelarut dan juga sebagai cecair yang boleh membentuk colloid. Bahan-bahan biokimia yang ada dalam air, sel akan bertindak balas melalui molekul-molekul air yang akan membentuk pelbagai bahan seperti protein, lemak, asid nukliek dan sebagainya. Perlu diingat bahawa molekul-molekul air lah yang memainkan peranan di dalam apa pun bentuk kepada sebarang proses kehidupan yang sangat komlplek. Oleh kerana fakta asas inilah segala sesuatu yang hidup, sangat perlu kepada air yang terdiri dari unsur ‘hidrogen dan oksigen’, dengan kejadian Maha Pencipta yang sangat-sangat sempurna dan telah menjadikan makhluk air dengan hidayah serta sifat-sifat khasnya, maka air adalah punya segala kehidupan. Memang sangat tepat lagi benar apa yang disebutkan di dalam Al-Quran bahawa Allah menjadikan segala yang hidup berasalnya dari air. Sesungguhnya bukan zat air itu sendiri yang menyokong benda hidup, akan tetapi sifat-sifat air itulah yang melarutkan banyak molekul kompleks yang menjadikan ianya berinteraksi, bersepadu dengan mudah dan cepat dan menyebabkan segala benda hidup membiak dan bercambah.

Peringatan: Berhati-hatilah apabila anda berada di ruangan, persekitaran ataupun dihadapan air, sifat-sifat air sangat cekap, pantas merakam (memerangkap) apa yang anda berkata-kata maupun hanya terlintas di dalam hati (tidak mengeluarkan suara), segalanya mudah terakam kerana juzuk dan molekul air yang bersifat dwi pola sangat komlplek atom nya bagi menyerap bunyi atau gema yang berfrekuensi tinggi maupun rendah. Inilah rahsia pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran seperti bacaan Yassin maupun apa sahaja ungkapan.



RESEPTOR KULIT ( DERIA MATA KETIGA )

Konsep sains fizik serta kaedah unik di dalam memerangkap berbagai rupa bentuk getaran, gelombang dan frekuensi serta keupayaan atom di persekitaran tubuh dan secara langsung mengubahnya untuk menerbitkan penghantar elektron secara elektro-kimia di dalam sel tubuh melalui kulit sebagai gentian saraf motor ke sistem saraf autonomik di bahagian simpatetik ke Hipotalamus.

Kaedah sapuan air ke bahagian wajah dan anggota tubuh melalui kulit di dalam rahsia berwuduk dan juga mandi yang kerap adalah suatu teknologi penyaluran tenaga cahaya, warna dan bunyi ( niat / vow ) yang bergabung secara sempurna dalam bentuk isyarat-isyarat elektrik diproses oleh otak untuk menghasilkan penyusunan tenaga asal tubuh yang sering bercelaru atau terganggu.

Wap-wap air dipersekitaran sebagai aura diri anda akan diimbangi dan menjadi cantik. Ini juga bertepatan dengan konsep basah kering secara berulang-ulang dalam menghasilkan tenaga amplitud, resonan, keharmonian serta keheningan tenaga dalaman dan juga luaran. Inilah rahsia kehebatan manusia yang kerap mengambil wuduk ( Tubuh sentiasa basah ).

No comments:

Post a Comment