Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang
berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang
menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan
cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “ Allah adalah
cahaya bagi semua langit dan bumi… ” mula menyinari ruang hati kamu,
lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca
itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…”
Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap.
Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan
dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan
memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat
lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun
tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah
kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala
sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya
rahasia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia
akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan
bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…” . Bukanlah bintang yang
memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit
rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia
Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara
sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui
sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba
fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan
oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang
akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya”
berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan
sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia
bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan
kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan
cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat
terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan
dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan
menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar
nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka
memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang
Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit
peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari
kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu
“berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di
dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan
matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap
sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan
akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan
dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan
kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar.
Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula
bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan
memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya,
daripada-Nya, dengan-Nya.
No comments:
Post a Comment