Monday 26 December 2011

MENCARI MAKNA

Kita mencari makna

dalam terjaga
mata tak mahu tidur
biarpun sepi
& kamar hati
dingin sangat...
:mesti awak kerinduan!

Kita mencari makna

dalam mimpi
mata tak mahu celik
biarpun dikejut
& mentari meninggi
penat sangat...
:awak kena rehat!

Kita mencari makna

dalam iman
doa tak tercapai
biarpun pasrah
& akur diri
risau sangat
:awak jangan putus asa!

iDANRADZi

Jenaris Kajang.

No comments:

Post a Comment