Monday, 19 December 2011

...kekal Selamanya Persahabatan Ini..InsyaAllah..!

Suasana nyaman sejuk selepas ujan ini
menyenangkan hati yang baru berbunga
riang seakan musim bunga yang mewangi
tiap halaman hati yang tandus ini...

Sepertinya titik-titik ujan yang berlalu

membasihi tiap relung hati dengan senyum
penuh erti tiada terucap terima kasih ya..
terucap kata tanpa ku pinta

Kau hadir teman membawa seribu erti

memaknai gelegar jiwa ku yang kian ingin menyepi
debaran kalbu memantul menyahut salam persahabatan
dari mu dengan penuh keindahan keiklasan di hati

Siapakah dia yang kini membuat senyum terukir indah

di bibir yang tiada seri lagi hasil dari luka yang tergores perit
walau siapa pun jua gerangan mu yang hadir membawa
aku bersyukur padanya kerana hadir mu di saat ini...Semoga...

......kekal Selamanya Persahabatan Ini..InsyaAllah..!


...JUNE INDAH...191212..7.45PM..

No comments:

Post a Comment