Tuesday, 20 December 2011

SEPI DAN RINDU

Berbicara-lah tulus
bahawa sepoi-sepoi rindu
membawa debu-debu sepi
menimbus jam-jam hidupku
yang sering menunggu jengahMu
membawa wangi senyum,
bersama semerbak kasih
menarikku keluar dari sengsara sepi
yang memenjarakan daku di gerigi rindu!

Kekasih,
mendekatlah
hingga pautan meng-erat
biar kita ter-ikat
dalam dakap

Kekasih,
lihatlah
apa yg telah cinta lakukan padaku
sehingga aku selalu
menyangka, Engkau itu AKU!

Rajendra Nath Tagore

No comments:

Post a Comment