Thursday, 15 December 2011

AKAR

Usah lelah fikir berbelah
katakan saja sesingkat
biar terikat
biar berakar
usah bersepah
memikul berat

tanam rapat rapat
akar berisi biar erat
usah direnggang menjadi ruang
kelak terselit perosak baja
peludah bahasa

tumbuh biarlah ibarat titis hujan
biar bergerimis mahupun bak taufan
dalam satu laluan berakar
biarlah bertanda mendukung
walaupun berbelok membentuk lengkung
dari berlobang dan berbonggol
erti tak sampai bahasa tersadai di simpang jalan

.
Angah Arie
Ruang Sengal
Seremban Negeri Sembilan DK
07072011 20:30

No comments:

Post a Comment