~ Baitul Hikmah ~
Renungan bersama..........
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar
dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai
merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan
benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya
merindui saat-saat romantis seperti seorang anak
kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan
ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya
perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang
romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan
semua harapan saya terhadap
cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung
sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal
tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki
yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,
apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan
akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan
menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menemui selembar kertas dengan coretan tangannya
di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh menaip di komputer dan selalu mengusik
program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman
baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu mengadap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengetip kukumu dan
memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga
itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang
sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan
Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang,
dan Abang tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah,
bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
tertutup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur
hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan,
maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak
pernah kita bayangkan sebelum ini.
by zuedean asclane-16.16/1 dec 11
No comments:
Post a Comment