Punca dan Rawatan Buasir
Mengikut pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara
terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di
bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di
dalam anatomi manusia.
Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan
saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk
membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau
membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan
atau stres yang berlebihan.
Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi
dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan
yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk
menjadi lebih teruk hari demi hari.
Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu
mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan.
Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam
cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks.
Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan
rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk
pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).
Bagaimana Buasir Terjadi
Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya
berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam.
Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah
teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.
Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus
dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau
kenyal.
Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang
mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur
ini akan membengkak.
Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar
daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis,
tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.
Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir,
cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku
daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada
lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.
Jumpa Doktor Segera
Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik
terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang
gejala awal.
Kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki
peringkat teruk. Pada ketika itu, pilihan rawatan yang ada hanyalah
pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk
pendarahan awal kepada doktor.
Punca-punca Buasir
* Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.
* Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
* Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.
Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini
adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan
ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada
peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara
hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.
Rawatan
Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri
berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik
adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian
besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala
ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan
rawatan.
Krim/Salap
Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor
anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang
selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan
atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat
untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan
mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.
Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif
kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit
dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama.
Daflon
Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren
khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak
melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir
dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai
bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai
untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.
Ligasi Pita Getah
Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir
dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir
itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.
Hemorhoidektomi
Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang
besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu
prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan
sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif
(ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.
Pembedahan eksisi
Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian
bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi
ketika pembedahan.
Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler)
Lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketiga.
Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal
pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran
darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan
perhentian pendarahan.
Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah
anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang
cerah.
No comments:
Post a Comment