Saturday, 3 December 2011

cara2 minum air yg sunnah dan tertib

oleh Amza Moskba pada pada 17hb Julai 2011 pukul 10.32 ptg
Adalah menjadi sunnah Rasul bernafas diluar bekas minuman (gelas,cawan, dll). Menjadi sunnah juga meminum minuman dengan 3 kali nafas atau dengan bilangan yang ganjil, sama ada 3,5 atau 7 kali bernafas.
عن أنس رضي الله عنه أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يتنفس في الشراب ثلاثا (متفق عليه) يعني يتنفس خارج الاناء
Dari Anas r.a bahawsanya Rasulullah S.A.W bernafas ketika minum sebanyak 3 kali. (iaitu bernafas diluar bekas minuman) -hadis muttafaqun ‘alaih
Rasulullah S.A.W melarang kita minum dengan 1 kali tegukan. Seperti yang dijelaskan dalam hadis berikut:
وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تشربوا واحدا كشرب البعير، ولكن اشربوا مثنى وثلاث ، وسمّوا اذا أنتم شربتم ، واحمدوا اذا أنتم رفعتم
Dari Ibn ‘Abbas r.a, katanya : Rasulullah S.A.W bersabda; ” Janganlah kamu minum sekaligus (sekali teguk) seperti unta minum, tetapi minumlah 2 kali atau 3 kali. Bacalah Bismillah jika kamu mula minum dan bacalah Alhamdulillah jika kamu selesai minum.” – [ hadis hasan, Riwayat at-Tirmidzi]
Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah baginda dalam setiap urusan harian kita dari sekecil-kecil sunnah kepada sebesar-besarnya. Insya Allah, hidup pasti lebih bermakna dengan mengikuti sunnahnya.

No comments:

Post a Comment