Friday 9 December 2011

♥ CINTA…..KASIH….. DAN SAYANG….. ♥

Ku cuba gabungkan semua rasa itu
Supaya dapat ku sebatikan dalam hati dan sanubari
Dan tinggal kekal bersama jiwaku ini
Mungkinkah ia dapat ku satukan
Dapatkah atau hanya dapat ku gapai salah satu darinya sahaja
Adakah begitu.. ku harap tidak
Biarlah yang ku sangka panas sepanjang hari akan kekal begitu
Dan biarlah hujan datang keesokkan harinya
Ku panjatkan doa kepada-Nya
Agar rasa itu akan kekal bersama dalam hidup ini
jua dalam hidup semua insan yang bergelar manusia
Dan bersemadi kukuh dalam diri sahabat-sahabatku

♥ NuR QaSeH ILa ADiLa ♥

No comments:

Post a Comment