Sunday 11 December 2011

Dalam Cinta Ada Aku

Cinta adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya didalam hidup namun jika ia ibarat air dilautan ia akan menjadi ombak yg akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air dikutub utara, maka ia akan menjadi ketulan ais yg membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yg mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita kemuara, jika... ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang2 ke bawah, jika ia ibarat air tasik yg tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak didasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan. Carilah mata air yg suci lagi murni, walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yg dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yg indah2. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yg membawa kesengsaraan dan penderitaan yg amat menyeksakan.

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yg terluka kerana hati yg terluka itu tetap akan terluka.

Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.

Bila kita dilamun cinta kita sering melupakan sahabat2 kita. Bila kita bercinta kita mudah lupakan alam realiti. Kita sering terpenjara dalam sangkar alam maya cinta. Tanpa sedar kita menyakiti hati mereka yg selama ini setia disisi. Begitu rapuhnya cinta kita kepada sahabat2 kita. Mungkinkah kerana pada fikiran kita, kita hanya perlu menjaga perasaan kekasih yg baru kita perolehi? Kita seolah2 lupa sahabat2 kita juga punya hati dan perasaan. Kita mencari mereka bila kita sedih, kecewa dan perlukan bahu untuk menangis. Tapi mengapa bila kita bahagia kita melupakan mereka? Mengapa tidak kita kongsi kebahagiaan itu bersama mereka? Luangkan masa bersama para sahabat tidak akan mengurangkan nilai dan rasa kasih kepada kekasih.

Namun mengapakah kita sering berfikiran yg sebaliknya? Ataukah kita telah bosan bersama dengan sahabat kita yg sentiasa ada bila kita memerlukan? Tetapi pelik kita tidak pernah bosan dan jemu kepada kekasih. Sedarlah wahai para pencinta. Setiap insan disisi kita ada peranan dan kepentingan masing2. Jangan lupakan sahabat bila kita dipuncak bahagia kerana akan ada suatu masa nanti kita akan jatuh kebawah. Sahabat akan menyambut kita dibawah dan membantu kita berdiri semula. Tetapi kekasih akan berlalu pergi tanpa menoleh kepada kita semula.

Pengertian cinta bagi setiap insan pasti berbeza. Tiada yg akan sama 100% walaupun untuk kembar seiras. Cinta, betapa indahnya perkataan ini. Cinta boleh membuatkan kita gila. Gila dari segi negatif dan gila dari segi postif. Anda tertanya2 wujudkah gila positif? Bukankah semua gila itu gila negatif? Gila yg membinasakan?Tapi kenyataannya gila positif itu wujud. Raja yg membina Taj Mahal untuk kekasihnya itu dikategorikan orang gila negatif, gila cinta sehingga sanggup membunuh arkitek dan pekerja yg membina Taj Mahal demi untuk memastikan senibina Taj Mahal tidak ditiru. Di zamannya dia gila negatif kerana sanggup membunuh tetapi kini kerana kegilaannya India mempunyai salah satu keajaiban dunia.

Cinta ada banyak kategori. Tapi kita biasanya cenderung membicarakan tentang cinta antara kekasih. Suami isteri pun masih kekasih, berkasih diatas asas yg sah. Adakah cinta yg lain tidak penting? Tidak, bukan begitu tapi ya., cinta antara kekasih adalah cinta diranking teratas didunia ini. Remaja, dewasa dan orang berumur malah kanak2 semuanya tahu tentang cinta yg satu ini. Definisi cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata2. Tidak ada definisi yg tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu cinta. Perasaan yg tersimpan jauh dilubuk sanubari kita itu adalah cinta yg kita sendiri gagal untuk mendefiniskannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul kita merasakan cinta, lalu dalam hati berkata, “aku cinta pada mu".
amarul zaman_24042011

No comments:

Post a Comment