Thursday 8 December 2011

DENGGI VS DAUN BETIK

PENGENALAN

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Perkara yang paling penting semasa pemantauan pesakit denggi adalah bacaan kandungan platlet dalam darah pesakit. Bacaan tersebut akan diambil setiap hari sebagai salah satu proses pemantauan. Bagi pesakit denggi, kandungan platlet darah akan berkurang daripada orang yang sihat.

Platlet merupakan struktur-seperti-sel (cell-like structures) yang paling kecil dalam darah dan adalah penting dalam proses pembekuan darah dan penyumbatan pembuluh darah yang rosak. Kandungan normal adalah diantara 150,000 hingga 400,000 platlet dalam setiap microliter darah (150 - 400 x 109 per liter) (sumber: MedicineNet.com). Sebagai contoh fungsi platlet tersebut, sekiranya seorang pesakit denggi mengalami luka yang menyebabkan keluar darah, kekurangan platlet tersebut akan menyebabkan pendarahan yang berterusan.

Rawatan Herba Yg Terbukti:

Demam denggi adalah merbahaya jika dibiarkan berterusan. Oleh itu ia perlu dirawat sesegera yang mungkin. Berikut adalah rawatan secara herba yang telah terbukti  berkesan oleh beberapa orang yang mencubanya. Selepas beberapa hari makan , darah pesakit kembali seperti sediakala.

Resepinya adalah sangat mudah dah sudah tentunya percuma kerana kita bertuah menjadi penduduk di bumi Malaysia yang mana daun betik sangat mudah diperolehi di mana-mana sahaja termasuklah di bandar besar.

Kaedah:
  1. Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).
  2. Buangkan bahagian batang/pelepah  daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.
  3. Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan/ blend daun tersebut sehingga lumat/berair.
  4. Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.  Campurkan sedikit madu untuk mengurangkan rasa pahit daun betik tersebut.
  5. Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.
  6. Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.
  7. Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!
Lain-lain khasiat daun betik adalah:
- Mengatasi sakit migrain.

- Merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

- Menurunkan tekanan darah tinggi.

- Melangsingkan badan.

Selain daun betik, daun pegaga juga dikatakan mempunyai khasiat yang sama dalam mengubati penyakit denggi. Jadi sekiranya susah untuk mendapatkan daun betik, bolehlah cuba dengan daun pegaga dengan kaedah yang sama diterangkan di atas.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment