Saturday 17 December 2011

~~DISEBALIK DUA MATA~~

ALLAH mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekali gus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara.

Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah SWT berikan kepada manusia, terfikir pula 'dua mata' lagi manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang. Satu mata lagi melihat masa hadapan.Lihat dari mata burung atau lihat dari bawah tempurung. Yang mana satu anda pilih?

"Dari kerana mata. Yang mempunyai kuasa. Oh! Aku tergoda. Aku tergoda terkecewa..."
Begitulah lirik sebuah lagu klasik dendangan R. Azmi. Yaa dari mata turun ke hati, betapa besarnya pengaruh mata. Kita juga terpedaya dengan duniawi juga kerana mata. Tapi nilaian kita bukan semuanyatepat, kita juga sering tertipu dengan fatamorgana.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;
"Ssesunggunya pandangan mata itu adalah salah satu panahan (panahan iblis) yang amat berbahaya,Sesiapa yang menundukkan pandangan matanya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan mengisihatinya kemanisan iman."
(Riwayat Tabrani)

No comments:

Post a Comment