Friday, 9 December 2011

Doaku Di Pintu SyurgaMu

Senja yang kian berundur
meninggalkan sisa lesu kesiangan
melambai sang unggas di daun senja
mengajakku bersimpuh
menanti ketibaan malam
yang bakal kusambut
dengan hamparan permaidani sejadahku
terbentang merentangi titian kasihNya
nafasku tersekat
airmata menjurai
di celahan antara takbiratul ihram
aku rebah
terkedu memanjat syukur
dalam sujud kuberdoa
agar langkahku
dipercepatkan
melepasi pintu-pintu
syurgaMu.

Tengku Raknemas

8/12/2011

No comments:

Post a Comment