Sunday 11 December 2011

IMPIAN KHALAYAK~MENGERTILAH WAHAI...

Mumpung telah terpilih
yang keruh segeralah disisih
ambil yang jernih
hati hendaklah bersih
usaha jangan banyak dalih
kerja lah atas kertas putih
telus dan lirih
pasti akan peroleh
cinta dan kasih
setia kami tidak akan beralih

Lembu dipegang pada tali
manusia dipegang pada janji
bekerja berbakti kerana Illahi
bukan untuk diri sendiri
ingatlah pertiwi ini untuk kami
tadbirlah dan berbakti
dengan seikhlas rasa dan hati
tiada niat di sebalik janji

Harapan khalayak begitu mulia
melihat negara maju terkemuka
namun jangan dilupa
keberkatan Rabbi diperlu juga
DIA lah penyelamat segala bencana
melalui qadha' dan QadarNya
oleh itu sayugialah semuanya
sesama kita berbaiklah sangka

Sekian, wabillahi taufiq, wal hidayah...Assalamualaikum..

Yccn
17 april 2011
11.31 pagi

No comments:

Post a Comment