Sunday 11 December 2011

Kawanku,
Dikala diriku gembira,
Kaulah penyambung ketawa,
Dikala ku kesepian,
Kaulah sebaik teman.
Sahabatku,
Dikala aku kehilangan,
Kaulah penyuluh jalan,
Dikala aku duka,
Kaulah penghilang lara.
Kekasihku,
Dikala aku mencintaimu,
Kau mencintaiku,
Dikala aku memerlukan belaianmu,
Kaulah yang setia membelaiku.
Bidadariku,
Dikala gembira, duka dan memerlukan,
Kaulah kekasih, sahabat dan juga kawan,
Kaulah yang segala diri ini perlukan,
Kaulah segala yang kuimpikan.
Kaulah segalanya bagi ku,
Hanya dirimu yang ku mahu.

sy camel camel _ 17.4.2011

No comments:

Post a Comment