Monday 5 December 2011

PETUA UNTUK GOUT

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia . Penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an.


Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh.


Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh.

Di sini ada beberapa petua untuk menguragkan sakit gout :


1.  Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

2. Lalukan bahagian yang sakit itu dengan betik muda yang sudah dilayukan di atas api. Betik muda itu jangan sesekali dipotong dan dimakan kemudiannya. Betik dikatakan pantang besar kepada gout.

2. Makan nenas. Mungkin untuk tujuk detoks. Toksin kurang, asid urik pun keluar bersamanya.

3. Makan ubi kayu mentah. Ini petua orang asli.






No comments:

Post a Comment