Thursday, 15 December 2011

tertunggu
hampir selalu
sesuatu aku rindu

untuk menatap bintang
entah ke mana menghilang
mencari akan bayang-bayang
seukir wajah mu andai terbentang

tapi tiada
terlakar hampa
angkasaraya gelita

akhirnya ku titipkan secangkir doa
rupanya bayang mu di langit biru
bercanda di sebalik mega senja
semogakan berbahagia selalu

buat mu
sulaman rindu
dalam warna terindah hidup ku.
~QRM~

No comments:

Post a Comment