Thursday 8 December 2011

HARGA SEBUAH KESALAHAN TERGADAI HARAPAN

Setelah sebuah pengharapan tertanam dalam
terkambus jauh terbenam
berteraskan janji semalam
bersaksikan gerimis petang.

Setelah sebuah pengharapan dihunus kematian
jeritan lumat memamah kesumat dendam
serasa lugu jiwa, menuntas helaan nestapa
bernisankan nista dan derita
berbekalkan perih dan luka
di galas jua beban di bahu kanan
di bahu kiri kebas mencengkam
kumbahan alpa dan noda bermaharajalela
memuntahkan segala prasangka

dengan sebuah pengharapan
memandang langit tanpa hujan
menadah harapan setinggi awan
bersama mengheret berat nan sarat
sedang kematian itu tanpa nisan
harga sebuah kesalahan perlu di bayar
walau dengan seribu sesal dan nanar.

Bersaksikan janji semalam
bersaksikan gerimis petang
basah wajah hati seiring sedu-sedan
langkah berat, beban nan sarat tergalas
itulah harga kesalahan, terhukum jelas tanpa belas
kerana dunia bukanlah dunia, tanpa tipu daya.

Sekadar Catatan TintaMataPena
~ AlangEynna ~
Dec 7, 2011; 8:30 pm

No comments:

Post a Comment